fbpx

Bioeconomy sasar 100 syarikat pemula, PKS sertai BBA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak (kanan) menunjukkan dokumen MoU dengan Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Produktiviti Malaysia En Mohd Yazid Abdul Majid semasa majlis pelancaran program BBA semalam.

PUTRAJAYA –  Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan 100 syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedia ada atau baharu dalam sektor pertanian, perindustrian dan penjagaan kesihatan  akan menyertai Program Bio-based Accelerator (BBA) menjelang suku kedua tahun 2023. 

Program BBA yang baru dilancarkan oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) itu menawarkan aktiviti bimbingan dan sokongan kepada syarikat pemula dan PKS berasaskan bio.

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang daripada aspek penerapan dan penggunaan teknologi, kemahiran, kewangan, kawal selia, dan kebolehpasaran produk, lalu membolehkan mereka menaik taraf dalam kepakaran dan menjadi syarikat yang matang dan mengguna pakai teknologi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, program BBA mampu memperkukuhkan lagi agenda Sekuriti Makanan Negara dengan membantu syarikat baharu, perniagaan mikro atau syarikat besar yang berasaskan bio dengan menjadikannya lebih berinovatif melalui penggunaan sains, teknologi dan automasi di dalam operasi perniagaan masing-masing. 

“Sehingga kini,  sebanyak 49 buah syarikat telah mendapat kelulusan status BBA dengan unjuran nilai pelaburan sebanyak RM737 juta yang dapat menyediakan hampir 2,000 peluang pekerjaan dalam tempoh tiga tahun. 

“Bioeconomy Corporation menyasarkan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM2 billion menjelang akhir tahun 2025 dengan 70 peratus daripada syarikat-syarikat yang terlibat mengadaptasi teknologi dan automasi di dalam perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Bioeconomy Corporation, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menerangkan, BBA akan membolehkan syarikat berasaskan bio yang masih belum mengaplikasikan aktiviti-aktiviti berasaskan bioteknologi untuk mengembangkan potensi mereka dan menjadi syarikat berstatus BioNexus. 

Status ini melayakkan mereka untuk menerima insentif cukai khas, serta kemudahan dan jaminan lain yang seterusnya membantu pertumbuhan mereka. 

“Sehingga suku keempat 2021, 252 syarikat berstatus BioNexus merekodkan pelaburan direalisasikan bernilai RM4.1 bilion, iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2020 walaupun endemik berterusan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI