fbpx

2,033 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sedikit penurunan kepada 2,033 kes berbanding 2,320 kes kelmarin dengan tiada kes import dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,495,478 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,337 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,474,358 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (685), Kuala Lumpur (551), Perak (116), Pulau Pinang (167), Negeri Sembilan (94) dan Putrajaya (37).

“Ia diikuti oleh Melaka (59), Johor (68), Sabah (99), Sarawak (38), Kedah (62),Pahang (28), Kelantan (17), Perlis (empat), dan Terengganu (lapan),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,730 kes serta tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes BID kini menjadi 7,579 kes.

Sebanyak 24,577 kes aktif dilaporkan melibatkan 23,573 kes dikuarantin di rumah, 13 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 959 kes di hospital, 14 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 18 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI