fbpx

Semua perkhidmatan Rapid KL diberi percuma sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengguna dan pelanggan Rapid KL akan menikmati tambang percuma semua rangkaian perkhidmatan syarikat itu selama sebulan bermula hari ini.

Mengumumkan pemberian itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), Monorel serta bas RapidKL.

Menurut Ismail Sabri, pihaknya memahami kesusahan rakyat dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup semakin meningkat.

“Pemberian percuma selama sebulan ini diharap dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat pada hari ini,” katanya pada Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu hari ini.

Ismail Sabri berkata, Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di ‘Park N Ride’ dan #JomNaikMRT.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, MRT Laluan Putrajaya yang dibangunkan dalam dua fasa menyediakan perkhidmatan kepada lebih kurang dua juta penduduk di koridor bermula dari kawasan Damansara ke pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya.

“Pembukaan sepenuhnya MRT Laluan Putrajaya dijangka mencatat bilangan awal penumpang harian melebihi 104,000 orang.

“Ini diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI