fbpx

PMI cadang pendekatan perbincangan, dialog terbuka berasaskan sains, fakta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hasil tinjauan antarabangsa baharu yang dikeluarkan oleh Philip Morris International (PMI) mendedahkan bahawa rakyat di seluruh dunia kecewa terhadap pendekatan pemimpin yang memecah-belah dan meminggirkan soal penggubalan dasar. 

Lebih lapan daripada sepuluh orang dewasa yang ditinjau di seluruh dunia (82 peratus) juga percaya bahawa penyelesaian terbaik kepada cabaran global yang kritikal kini boleh didapati bukan di tahap ekstrem sebaliknya mengambil pendirian di tengah-tengah isu berkenaan.

Tinjauan itu dibuat keatas lebih 44,000 dewasa di 22 buah negara termasuk Malaysia dan ia telah dijalankan oleh firma penyelidikan bebas Povaddo untuk PMI.

Menurut kenyataan berhubung kaji selidik itu, responden Malaysia percaya bahawa akibat daripada wacana yang semakin berpecah-belah seperti  kelaziman menyebarkan maklumat salah dalam kalangan rakyat yang semakin meningkat, hanya bertujuan untuk  mengelirukan pendapat umum. 

Naeem Shahab Khan

Selain itu,  sebanyak 81 peratus daripada populasi umum khususnya golongan dewasa di Malaysia juga percaya bahawa keputusan yang dibuat yang mana ia memberi kesan kepada masyarakat dan kesihatan awam haruslah  berdasarkan kepada sains dan fakta.

Tinjauan itu mendapati, sebanyak 82 peratus daripada populasi umum dewasa juga berharap agar pemimpin menerima pakai undang-undang dan peraturan berdasarkan fakta dan data untuk mengikuti rentak perubahan dan inovasi teknologi.

“Sebanyak  71 peratus daripada populasi umum dewasa bersetuju bahawa perokok yang harus mempunyai akses kepada maklumat yang tepat tentang alternatif bebas asap rokok yang dibuktikan secara saintifik.

“Persetujuan untuk menyediakan akses kepada maklumat tentang produk alternatif bebas asap rokok adalah kukuh walaupun dalam kalangan bukan pengguna, namun terdapat keinginan  orang ramai untuk melihat agar pihak berkepentingan bersama-sama mencari penyelesaian yang pragmatik,” katanya.

Mengulas mengenai kaji selidik tersebut, Pengarah Urusan PMI Malaysia, Naeem Shahab  Khan berkata, Malaysia mempunyai peluang yang unik untuk mengurangkan kelaziman merokok jika semua pihak bekerjasama. 

“Mencari keseimbangan yang tepat untuk menyokong peraturan baharu yang bertujuan untuk mencegah permulaan merokok dan menggalakkan pemberhentian merokok boleh dilengkapkan dengan langkah  mendapat akses dan maklumat tentang alternatif berasaskan sains,” jelasnya. 

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Hal Ehwal Luar Gregoire Verdeaux PMI menjelaskan, satu pendekatan yang lebih seimbang dan inklusif diperlukan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh masyarakat kini.

Menurutnya, ini termasuk  keputusan dasar yang mengambil kira orang yang paling terkesan, memastikan suara mereka
didengari dan keperluan mereka dipenuhi seterusnya membawa semua pihak yang berkaitan ke meja perbincangan termasuk pakar, syarikat swasta, pemimpin masyarakat sivil, dan orang lain yang boleh menyumbang untuk menyelesaikan isu yang dihadapi.

”Rakyat dari seluruh dunia kini sudah bosan dengan berita mengenai penggubalan dasar dan mereka kini tidak sabar-sabar untuk melihat perubahan yang membina. 

Gregoire Verdeaux

Menurutnya, dalam bidang pengurangan bahaya tembakau, PMI telah lama menganjurkan pendekatan yang wajar yang mengutamakan kepentingan perokok dewasa dan kesihatan awam semasa. 

“Dengan mengadakan perbincangan yang seimbang dan inklusif tentang sains di sebalik alternatif yang lebih baik dan menggunakan pendekatan yang lebih mengutamakan manusia, kita boleh mempercepatkan penghentian rokok. 

“Lebih daripada satu bilion orang terus merokok. Kita mesti dan boleh membuat sesuatu yang lebih baik, oleh itu, ia boleh bermula dengan dialog terbuka dan berasaskan fakta,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN