fbpx

Lelaki tempatan dikehendaki JIM bagi tujuan perbicaraan di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIM memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Sze Chie.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki tempatan bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas pendatang asing tanpa izin (PATI) Semenyih.

JIM menerusi satu kenyataan berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Ling Sze Chie, 35, yang beralamat terakhir di 7 & 9, Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

“Sze Chie dikehendaki berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Farah Nadia Daroji atau Mohd Asri Osman di Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Putrajaya di talian 03-88801325 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI