fbpx
TAN (tengah) bersama sebahagian daripada kakitangannya sempena pelancaran perkhidmatan Tumpang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tumpang tawar kos perkhidmatan logistik termurah di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tumpang, platform baharu yang dilancarkan bulan Mei lalu, kini menyediakan perkhidmatan logistik dengan rangkaian lori pengangkut serta syarikat pengangkutan yang luas.

Tumpang yang boleh diakses melalui aplikasi online itu mampu menawarkan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan boleh dipercayai kepada pelanggannya.

Melalui perkhidmatan baharu itu, barang pe­langgan yang dihantar menggunakan lori pe­ngangkut akan dimuatkan dalam ruangan kargo yang kosong serta dipadankannya dengan kende­raan pengangkutan yang menghala ke destinasi penghantaran yang sama.

Pengasas syarikat, Patrick Tan berkata, Tumpang akan membolehkan pengguna memohon perkhidmatan penghantaran berdasarkan pelbagai pilihan harga daripada syarikat pengangkut yang berbeza.

“Antara pilihan pengangkutan yang tersedia adalah lori, trak, van dan kenderaan pacuan empat roda.

“Bagi pengguna pula, mereka hanya perlu mengisi butiran dan memuat naik gambar barangan yang akan dihantar dan kemudian memilih tawaran terbaik daripada penyedia pengangkutan yang berminat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Tan menerangkan, Tumpang dikenali sebagai khidmat penghantaran secara online termurah iaitu 70 peratus berbanding perkhidmatan lain di pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menerangkan, konsep Tumpang dibangunkan kerana syarikat melihat peluang untuk memanfaatkan ruang kosong dalam kenderaan semasa perjalanan pulang dari tugasan penghantaran pelanggan.

Ruang yang tidak digunakan ini akan memberikan penjimatan kos yang lebih besar untuk pe­langgan dan juga peniaga.

“Kebanyakan pelanggan dan peniaga mendapati caj untuk penghantaran jarak jauh bagi kargo pukal terlalu tinggi, jadi kami membantu dengan memberi jalan penyelesaiannya.

“Dengan Tumpang, pelanggan atau peniaga boleh menghantar apa sahaja, seperti basikal ataupun barangan gudang dengan harga yang terbaik. -KOSMO!ONLINE

POPULAR