fbpx

Kadar penagihan dadah di Terengganu menurun 3.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) merasmikan sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 12,033 penduduk Terengganu dikesan terlibat dalam aktiviti penyalagunaan dadah pada tahun lalu.

Penolong Pengarah Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Md. Saidin Mohd. Noor berkata, ia merangkumi 11,817 penagih lelaki manakala selebihnya 216 perempuan.

Beliau berkata, ia penurunan 3.7 peratus berbanding 12,499 penagih dadah yang telah direkodkan di negeri ini pada tahun 2020.

“Begitupun, angka tersebut masih membimbangkan kerana berdasar nisbah jumlah penduduk, kadar penagihan dadah di Terengganu masih antara tertinggi di negara ini.

“Peningkatan permintaan terhadap dadah sintetik seperti Methamphetamine dan kemunculan ratusan bahan psikoaktif baharu turut lebih merisaukan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan peringkat negeri yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sehubungan itu, Md. Saidin memberitahu AADK telah giat memainkan peranan proaktif melakukan aktiviti pencegahan gejala dadah terutama dalam kalangan generasi muda negeri ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI