fbpx

Lelaki murung disyaki terjun jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 37 tahun yang mengalami kemurungan dilaporkan hilang dikhuatiri terjun daripada Jambatan Tanah Putih, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa mangsa berusia 62 tahun kira-kira pukul 9.44 pagi.

Katanya, melalui laporan itu pengadu memaklumkan anak lelakinya itu keluar daripada rumah kira-kira pukul 6 pagi dengan menaiki kereta tanpa pengetahuan keluarga.

“Pengadu bersama ahli keluarga lain kemudian mencari mangsa di sekitar bandar Kuantan dan menemui kereta yang dibawa mangsa ditinggalkan di atas jambatan Tanah Putih dalam keadaan berkunci,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, bapa mangsa kemudian datang ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini bagi membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anaknya yang dikatakan pernah mengugut mahu membunuh diri.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian dan di dalam kereta mangsa tidak menemukan apa-apa barang peribadi milik mangsa malah tiada sebarang saksi yang nampak mangsa terjun ke dalam sungai,”ujarnya.

Dalam pada itu Wan Zahari berkata, berdasarkan soal siasat keluarga mangsa, mendapati mengalami kemurungan sejak dua bulan lalu kerana mengalami kerugian dalam perniagaan bengkel kenderaan dan sering menyalahkan dirinya kerana gagal menjalankan perniagaan dengan baik.

Ujarnya, mangsa telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak berusia enam dan satu tahun manakala isteri mangsa pula bekerja di Kuala Lumpur sejak enam bulan lalu.-KOSMO! ONLINE

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI