fbpx

Kekasih Eril janji akan ‘move on’ dan cari kebahagiaan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teman wanita arwah Eril, Nabila memuat naik ucapan selamat tinggal selepas majlis pengebumiannya semalam. - Tribunnews

JAKARTA – Nabila Ishma yang merupakan kekasih kepada arwah Emmeril Kahn Mumtadz atau Eril, mencuri perhatian netizen apabila memuat naik ucapan selamat tinggal kepada putera sulung Gabenor Jawa Barat tersebut, lapor laman Tribunnews.

Menerusi kemas kini Insta Story, Nabila mengucapkan terima kasih buat arwah sepanjang mereka bercinta dan berjanji akan mencari kebahagiaan selepas ini.

“Semoga anda sentiasa tenang di sana. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi.

“Saya berjanji akan mencari kebahagiaan sendiri selepas ini kerana saya yakin, itu yang anda mahukan untuk saya. Selamat beristirahat, Eril,” tulis Nabila.

Sementara itu, nenek kepada Eril, Tjutju Sukaesih meluahkan rasa syukur kerana cucunya selamat dikebumikan di tanah air.

Tjutju memberitahu bahawa sepanjang proses mencari mayat Eril, dia berdoa kepada Allah agar dipermudahkan untuk arwah disemadikan di Indonesia.

“Eril lahir di New York, Amerika Syarikat dan menemui ajal di benua Eropah iaitu Switzerland jadi saya mohon kepada Allah, biarlah jasadnya disemadikan di tanah tumpah darahnya, Indonesia.

“Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya dan jenazah Eril dikebumikan di Indonesia,” kata Tjutju. 

Eril, 23, meninggal dunia selepas hanyut ketika mandi di Sungai Bern hampir dua minggu lalu.

Menurut Ridwan, Eril berada di Switzerland bersama ibu, Atalia Praratya dan dua adiknya untuk bercuti serta meninjau universiti bagi melanjutkan pelajaran. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI