fbpx

Dua lelaki warga asing dikehendaki JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIM sedang mengesan dua warga asing bagi tujuan perbicaraan di mahkamah.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat beberapa individu warga asing bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah berhubung beberapa kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Mereka adalah lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Ripon, 33, yang beralamat terakhir di Titan Stainless & Steel, Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13, Taman Balakong Jaya, Seri Kembangan, Selangor.

Selain itu, seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Naing Lin Tun, 37, yang beralamat terakhir di lokasi yang sama.

JIM menerusi kenyataan akhbar berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Mohd Asri Osman, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Putrajaya.

Menurutnya, Mohd. Asri boleh dihubungi di talian 03-88801163 atau 03-88801338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI