fbpx

Siti Nurhaliza teruja, sebak Aafiyah dah sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi, Siti Nurhaliza melahirkan rasa teruja dan sebak apabila puteri sulungnya, Aafiyah memulakan hari persekolahan.

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza teruja dan sebak apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah memulakan hari pertama persekolahan hari ini.

Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin memaklumkan, puteri kesayangannya itu terlalu bersemangat untuk memulakan hari pertama di sekolah sehingga terlupa untuk mencium tangannya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Alhamdulillah, hari pertama Aafiyah masuk sekolah (tadika). Malam semalam, dia tidur awal, bangun pagi ayah kejutkan dia kata nak masuk sekolah tapi dia tak cranky (merengek) pun.

“Bersiap cantik dan siap pose (bergaya) cantik lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia nak ke sekolah.

“Sampai sekolah depan depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Ayah dan ibu yang panggil minta salam. Ibu nak menangis tapi tahan sahaja,” katanya menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Menerusi hantaran status sama, pelantun lagu Cindai itu memanjatkan doa agar Aafiyah diberikan kelancaran dan kemudahan dalam urusan menuntut ilmu.

“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan semoga Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran menuntut ilmu agama dunia akhirat dan pada masa sama, memberi manfaat kepada insan lain,” coretnya.

Turut disertakan dalam perkongsian status tersebut sekeping foto Aafiyah bersama Siti dan Datuk K di sekolah berkenaan.

Menjengah ruangan komen, ramai rakan artis yang turut berkongsi rasa teruja bersama siti termasuklah diva ternama Indonesia, Hetty Koes Endang yang menulis: “Sudah pintar ya Alyah (Aafiyah). Banyak (ramai) kawan nanti di sekolah.”

Untuk rekod, Siti berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang kini berusia setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI