fbpx

Seludup sayur, ikan guna feri pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa Maqis bersama rampasan sayur-sayuran serta ikan tanpa permit di Kompleks ICQS Sungai Melaka, Melaka.

MELAKA – Taktik lapan individu cuba menyeludup masuk komoditi pertanian dan hasil ikan menggunakan feri pelancongan gagal selepas dicekup di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 1 tengah hari itu, kesemua individu berusia 20 hingga 50 tahun tersebut ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Pengarah Maqis, Nora Dinah Abdul Rahman berkata, hasil pemeriksaan terhadap lapan individu di terminal berkenaan menemui pelbagai makanan komoditi pertanian dan hasil laut yang cuba diseludup masuk di dalam beg pakaian.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan meletakkan semua barang tersebut di dalam beg pakaian dan dibalut dengan kemas bagi mengaburi pegawai Maqis semasa pemeriksaan dijalankan.

“Komoditi itu tidak mempunyai Permit Import yang sah dan kesemua bekalan dianggarkan bernilai RM2,700 dirampas untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, antara yang dirampas adalah petai, buah limau, cili dan beberapa jenis sayuran lain.

Kesemua tangkapan dilepaskan selepas keterangan merek diambil. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI