fbpx

Anak curi barang kemas ibu dijel 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang anak perempuan yang mencuri barang kemas milik ibunya bernilai RM14,000, memakan diri apabila dipenjara penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas Bathma Abdullah, 36, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh hukuman penjara itu bermula bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sepasang loket emas, tiga utas rantai leher emas, tiga bentuk cincin emas, dua loket batu emas dan seutas rantai tangan emas milik ibunya, berusia 57 tahun di sebuah rumah di Bandar Manjalara, Kepong pukul 10 pagi pada 13 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh memandangkan kesalahan itu serius.

Bagaimanapun Bathma yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan  tidak bekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN