fbpx

‘Workout’ dengan adik, Haneesya dituduh sumbang mahram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Haneesya ketika ‘work out’ di gimnasium bersama adiknya mengundang komen kotor netizen.

PELAKON dan juga model jelita Haneesya ‘naik hantu’ dan kesal selepas menerima banyak komen lucah netizen. Semuanya selepas dia berkongsi sebuah video sedang melakukan senaman di gimnasium bersama adik lelakinya.

Dalam rakaman tersebut, adiknya berada di belakang, sementara Haneesya berada di hadapan sambil mengangkat bebanan berat.

Ramai yang berimaginasi bukan-bukan sehingga tergamak meninggalkan komen yang menjijikkan. Malah ada segelintir netizen mendakwa tindakan Haneesya dan adik lelakinya itu tidak ubah seperti melakukan perlakuan sumbang mahram.

Susulan itu Haneesya menerusi Instagram menjelaskan perkara tersebut dan meminta orang ramai berhenti berkata bukan-bukan.

“Ya, benda itu agak memenatkan. Sebenarnya benda ini bukan isu tutup aurat ke tak, sedangkan kambing pun orang rogol. Padahal kambing tu berbulu. Walaupun bertutup litup sekalipun tetap akan ada manusia yang berhawa nafsu macam itu,” kata Haneesya.

Diva pun pelik dengan persepsi segelintir netizen sehingga boleh berfikiran sebegitu. Barangkali hubungan netizen dengan adik-beradik sendiri mungkin tidak seakrab Haneesya dan adiknya?

DIVA: Sabronzo Dolla dikecam sebab menari melampaui batas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI