fbpx

Search Rockin’ On Rooftop meriah, pukau 3,000 penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN kumpulan Search menerusi Konsert Search Rockin' On Rooftop yang berlangsung di Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, ibu negara malam tadi.

KUALA LUMPUR – Konsert Search Rockin’ On Rooftop yang dihadiri lebih 3,000 peminat dari dalam dan luar negara di Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi malam tadi berlangsung dengan penuh meriah dan luar biasa.

Meskipun konsert bermula sedikit lewat sekitar pukul 10 malam disebabkan hujan lebat, peminat yang hadir langsung tidak kisah walaupun terpaksa ‘lencun’ demi melihat idola mereka membuat persembahan.

Pemain gitar Search, Kid berkata, dia pada mulanya agak risau apabila hujan lebat yang turun sekitar ibu negara bermula pukul 7 malam seperti menunjukkan tanda-tanda tidak mahu berhenti.

“Sebenarnya hujan yang turun adalah rezeki buat kami. Tak sangka kehadiran peminat yang hadir cukup luar biasa.  Peminat tetap setia menanti walaupun terpaksa bermandi hujan.

“Pada awalnya saya menjangkakan hujan akan turun lebih lama, tapi syukur segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Terima kasih buat semua. Terima kasih atas solongan anda,” katanya.

RATU rock negara, Ella (kiri) tampil sebagai artis undangan memeriahkan Konsert Search Rockin’ On Rooftop.

Ulas Kid mengenai penyanyi baharu Search, Denden Gonzales yang berasal dari Indonesia, persembahan yang diberikan pada konsert malam tadi sememangnya cukup luar biasa dan menepati segala perancangan kumpulan itu.

“Kami berpeluang bersama dalam waktu yang sangat singkat, tapi kami cuba gandakan usaha dan latihan setiap hari.

“Pun begitu, kami tetap dapat keputusan yang baik malam ini (semalam). Denden memberikan sepenuh tenaga yang ternyata mampu memukau semua yang hadir demi meneruskan legasi Search yang sudah 41 tahun ditubuhkan,” katanya.

Konsert penuh gilang gemilang tersebut turut menampilkan Noordin (gitar), Yan (bass) dan pemain dram baharu, Minn.

Konsert yang berlangsung selama dua jam tersebut menyaksikan persembahan 17 buah lagu popular Search antaranya Fantasia Bulan Madu, Bencana, Metropolitan, Pasti, Purnama, Melastik Ke Banting, Teguh dan Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Persembahan dimeriahkan dengan persembahan khas Ratu Rock Malaya, Ella yang membawakan lagu Melayar Bahtera dan Bayangan duet bersama Denden.

Konsert tersebut juga turut dihadiri beberapa barisan artis legenda termasuklah Datuk Hattan dan Datuk M. Nasir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI