fbpx

China tidak akan teragak-agak berperang jika Taiwan isytihar merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan jet pejuang F-16 milik Taiwan terbang di sebelah pesawat pengebom H-6 milik China (atas) di ruang udara Taiwan. - AFP

SINGAPURA – Beijing tidak akan teragak-agak untuk memulakan perang sekiranya Taiwan mengisytiharkan kemerdekaan, kata Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dalam satu amaran kepada rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS).

Amaran Fenghe itu disuarakan ketika beliau mengadakan pertemuan empat mata dengan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dalam acara sampingan pada sidang kemuncak keselamatan, Dialog Shangri-La di Si­ngapura kelmarin.

Beijing menganggap Taiwan yang melaksanakan sistem demokrasi dan pemerintahan sendiri sebagai wilayahnya dan berikrar akan merampas pulau ber­kenaan di masa hadapan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan, manakala ketegangan China-AS berhubung isu tersebut semakin meruncing sejak beberapa bulan lalu.

“Sekiranya sesiapa sahaja berani memisahkan Taiwan daripada China, tentera China tidak akan teragak-agak melancarkan perang,” kata Fenghe dalam ama­rannya kepada Austin seperti yang dipetik oleh jurucakap kementerian pertahanan Beijing, Wu Qian.

Menteri China itu berjanji bahawa Beijing akan menghancurkan sebarang komplot kemerdekaan Taiwan dan berpegang teguh kepada perinsip penyatuan Taiwan dengan Tanah Besar China.

“Taiwan adalah milik China, menggunakan isu Taiwan untuk menghalang China tidak akan pernah berjaya,” tegasnya.

Rakan sejawat beliau, Austin bagaimanapun menekankan semula kepentingan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan sekali gus menentang sebarang perubahan terhadap status quo sedia ada, malah Setiausaha Pertahanan AS itu menggesa China supaya menghentikan tindakan untuk terus menggugat kestabilan Taiwan.

Ketegangan berhubung isu Taiwan semakin meruncing terutamanya disebabkan oleh pe­ningkatan pencerobohan pesawat China ke zon identifikasi pertahanan udara (ADIZ) Taiwan.

Pada bulan lalu semasa lawatan beliau ke Jepun, Presiden Joe Biden memecah tradisi dasar luar AS apabila menegaskan bahawa Washington akan mempertahankan Taiwan secara ketenteraan sekiranya pulau berkenaan di­serang oleh China. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI