fbpx

Empat maut seorang parah dalam kemalangan dua kereta di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat individu disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di NKVE, susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya awal pagi tadi

PETALING JAYA – Empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya awal pagi tadi.

Komander Operasi Bomba Selangor, PBK II Norsyuhadah Ahmad berkata, pihak bomba menerima panggilan kejadian pada pukul 4.11 pagi.

“Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Proton Wira Aeroback dan Proton Wira jenis Sedan,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, lima mangsa terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki yang berusia 27 hingga 30 tahun dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

“Pemandu Proton Wira Aeroback serta tiga lagi individu yang menaiki Proton Wira disahkan meninggal dunia di lokasi.

Katanya, salah seorang penumpang Proton Wira pula parah dan dikejarkan ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI