fbpx

Beli rumah RM 5 juta, utamakan ibu kalau nak berjaya – Kak KM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAK KM menuai perhatian selepas membeli sebuah rumah banglo bernilai RM5 juta terletak di Ampang, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – “Mestilah kerja keras saya, takkan hasil kerja keras jiran pula.”

Demikian jawapan spontan diberikan usahawan sensasi yang juga merupakan anak dramatis, Normah Damanhuri iaitu Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli berhubung kejayaannya membeli lot banglo bernilai RM5 juta.

Ujar Liana, dia tidak kisah dengan tanggapan serong netizen yang mempersoalkan tentang sama ada harga sebenar rumahnya bernilai RM5 juta seperti didedahkannya.

“Sebenarnya lebih (RM 5 juta) tapi kalau cakap lebih nanti orang cakap kita berlagak pula.

“Bagi saya, kalau mereka (netizen) tak boleh tengok apa yang saya dedahkan, tutup sahaja Instagram itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Liana ditemui pada sidang media jenama Festival beli belah, StarVendors bersempena Sambutan Minggu Usahawan Negara dan Kedah Raya Fest 2022 di ibu negara kelmarin.

Liana berkongsi antara tips dirinya berjaya dalam bidang perniagaan adalah jangan sesekali membelakangi ibu dan bapa.

Katanya, letakkan mereka di tangga paling pertama dalam kehidupan.

“Pertama sekali, memang kena baik dengan ibu bapa. Macam mana kita marah ibu kita ke, kita tak boleh bercakap buruk atau marah dia, memang tak boleh.

“Ibu tempatnya memang nombor satu. Lepas itu, kita kena jaga tanggungjawab kita termasuk dengan anak, suami dan adik-beradik. Kita kena jaga semua benda kita dulu, itu yang asasnya.

“Kemudian, barulah sibukkan dengan benda-benda lain. Ibu dan ibu mertua, mereka adalah nombor satu,” ungkapnya lagi.

Terdahulu, Liana mendedahkan akhirnya berjaya membeli sebuah banglo sekitar Ampang, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM5 juta.

Disebabkan pendedahan tersebut, dia disifatkan suka bermegah-megah dengan rezeki pinjaman Ilahi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI