fbpx

24 IPT tempatan tersenarai dalam ranking dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Universiti Malaya.

PUTRAJAYA – Buat pertama kalinya, 24 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di negara ini berada dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) 2023 yang dikeluarkan pada 9 Jun lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, ia pencapaian tertinggi negara berdasarkan prestasi yang ditunjukkan IPT berkenaan.

Beliau berkata, 10 universiti berjaya mengekalkan kestabilan setiap tahun, sembilan universiti telah berjaya memperbaiki kedudukan, tiga universiti telah mencatatkan penurunan manakala dua universiti adalah penyertaan baharu.

“Penilaian QS WUR adalah berdasarkan kepada enam petunjuk prestasi utama iaitu reputasi akademik (40 peratus), reputasi majikan (10 peratus), nisbah pelajar: pensyarah (20 peratus), nisbah sitasi: pensyarah (20 peratus), pensyarah antarabangsa (lima peratus) dan pelajar antarabangsa (lima peratus).

“Sistem ranking ini menilai dalam tiga bidang utama iaitu impak penyelidikan, pengajaran dan pengantarabangsaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Laporan QS WUR 2023 menunjukkan bahawa 12 daripada 24 universiti telah berjaya meningkatkan skor reputasi akademik (AR) berdasarkan kepada tinjauan 151,000 ahli akademik.

Noraini berkata, 12 daripada 24 universiti itu juga telah meningkatkan skor reputasi majikan berdasarkan kepada tinjauan 99,000 majikan dan pengurus pengambilan pekerja.

Menurutnya, Universiti Malaya (UM) berjaya mengekalkan kedudukan 100 universiti teratas di dunia dengan berada pada kedudukan ke-70, meskipun turun lima anak tangga berbanding tahun 2022 (ke-65).

“Universiti awam (UA) dan universiti swasta lain turut menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan dengan mengekalkan kedudukan 300 terbaik universiti di dunia.

“Berdasarkan laporan ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) nak berada dalam kelompok 123 (2023) berbanding 143 (2022); Universiti Kebangsaan (UKM) pula naik ke tangga 129 (2023) berbanding 144 (2022); manakala, Taylor’s University berada pada kedudukan ke-284 (2023) berbanding 332 (2022),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI