fbpx

Penyakit kuku dan mulut: Penternak keluar modal beli vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd.Faiz (kanan) sedang mengambil vaksin FMD menerusi picagari sambil disaksikan Abdul Razak.

KUALA LANGAT – Penternak lembu di daerah ini mengambil langkah intervensi membeli vaksin sebagai pencegahan penyakit kuku dan mulut (FMD) bagi memastikan kebolehpasaran ternakan menjelang ibadah korban.

Menurut seorang penternak, Mohd.Faiz Harol Hisham,29, dia mengeluarkan perbelanjaan sehingga RM54,000 demi keperluan 300 ekor lembunya yang telah ditempah untuk Hari Raya AidilAdha ini.

Katanya, penyakit FMD itu dibimbangi akan menjangkiti lembu ternakan menyebabkan ia tidak boleh dipasarkan seterusnya mengakibatkan kerugian kepada penternak secara umumnya.

“Saya mengambil keputusan mengeluarkan kos menyuntik lembu di sini dengan vaksin sebagai langkah pencegahan penyakit FMD.

“Kita turut menyuntik vaksin bagi 30 lembu yang dibekalkan daripada negeri lain sebagai langkah pencegahan,”katanya semasa lawatan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Dr. Abdul Razak Khasbollah di Pulau Nyatoh Jugra hari ini.

Sementara itu, Abdul Razak yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat berkata, program pemasaran lembu korban yang bermula dengan 20 ekor pada 2011 telah meningkat kepada 2,000 ekor tahun ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN