fbpx

Wanita pangku budak sambil memandu, biar anak keluar badan ditingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang wanita memangku seorang kanak-kanak ketika memandu sambil seorang lagi kanak-kanak mengeluarkan separuh badannya di tingkap tempat duduk bahagian penumpang di belakang.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu wanita membiarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh badan di tingkap penumpang ketika kenderaan sedang bergerak dikecam orang ramai.

Menerusi video yang dikongsi di Facebook Ehailing.com itu memaparkan, seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh badannya di tingkap kereta yang sedang bergerak di sebuah lebuh raya.

Lebih memeranjatkan, perakam video berkenaan juga sempat merakam tindakan pemandu tersebut yang turut memangku seorang lagi kanak-kanak ketika memandu.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengkritik perbuatan pemandu kenderaan tersebut selaku individu lebih dewasa dan matang yang membiarkan kanak-kanak di dalam kereta berkenaan berada dalam keadaan bahaya.

“Belum belajar dan tidak ada pengetahuan utamakan keselamatan dan bahaya yang bakal menimpa. Kecuaian dan kelalaian akan membawa padah kepada anak,” kata James.

“Apa juga situasi seorang ibu, penat ke, stress ke. Keselamatan anak-anak sepatutnya diutamakan. Semoga Allah permudahkan urusan Puan ni,” kata Ainey.

“Maaf cakap, saya pun perempuan. Memang ramai mak-mak bawa kereta macam ini suka pangku anak atas alasan anak menangis. Maaf, saya memang pantang tengah memandu anak nak berpangku. Biarlah nak meraung ke apa, anak saya dah lima orang. Dalam kereta terus kunci pintu, tutup tingkap,” kata Miziera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI