fbpx

Wanita lahirkan bayi perempuan 6 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paisley dilahirkan seberat 5.95 kg di Hospital Bandar Raya Nottingham tahun lalu. – Jade Smith/BPM Media

LONDON – Seorang wanita di Nottingham, England melahirkan bayi perempuan dengan berat  5.95 kilogram (kg)  pada tahun lalu yang kini dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan bersaiz normal, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Jade Smith, 22, melahirkan anak sulungnya, Paisley Jade West pada 2 Ogos 2021 di Hospital Bandar Raya Nottingham menerusi kaedah pembedahan.

“Saya mendapat tahu diri saya hamil pada 1 Disember 2020 dan pada awalnya, diberitahu bahawa kandungan saya berada dalam keadaan baik.

“Namun, ketika menjalani pe­meriksaan  apabila kandungan berusia 12 minggu, saya diberi­tahu bahawa bayi ini lebih besar daripada yang dijangkakan dan pada minggu ke-20, kandungan saya seberat 4.53kg.

“Saya sedikit takut dan semasa di akhir kehamilan, amat sukar untuk saya berjalan dengan membawa bayi seberat itu selain menghadapi kesukaran kerana hamil ketika musim panas,” katanya.

Smith berkata, dia diberi pilihan untuk melahirkan Paisley menerusi kaedah pembedahan kerana cara kelahiran biasa  akan membahayakan bayi itu.

“Paisley menghadapi kesukaran untuk bernafas pada awalnya dan dia dimasukkan ke wad neonatal. Namun, akhirnya, semuanya baik sahaja,” ujarnya.

Paisley dipercayai  bayi terbesar yang pernah dilahirkan di Nottingham. Jade berkata, bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat dan memiliki saiz normal. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI