fbpx

PKNS bantu rakyat miliki rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah (lima dari kiri, belakang) bersama sebahagian daripada penghuni yang menerima kunci rumah di Selangor Cyber Valley semalam.

PETALING JAYA – Kerajaan Ne­geri Selangor telah memper­kenalkan pelbagai inisiatif untuk menyedia dan memudahkan proses pembelian rumah mampu milik bagi menyelesaikan isu kemampuan rakyat memiliki kediaman dengan cara menyeluruh selain menggalakkan ekonomi negeri yang berdaya saing.

Exco Perumahan, Kesejahte­raan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berkata, melalui projek Residensi Idaman Sela­ngorku, ia bukan sekadar kediaman fizikal semata-mata tetapi melibatkan pelbagai aspek dalam membina masyarakat yang bersatu padu, persekitaran hidup lengkap dengan prasarana dan kemudahan untuk menambah baik kesejahteraan penduduk.

Menurut beliau, unit-unit pangsapuri tersebut dengan keluasan selesa 1,000 kaki persegi (kps), dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air serta dua tempat letak kereta bagi setiap unit ditawarkan pada harga mampu milik iaitu RM232,000.

“Pembangunan ini juga memastikan setiap unit menerima pencahayaan semula jadi dan pengudaraan secukupnya di samping menjaga hak privasi penghuni,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pe­n­yerahan kunci kepada pemilik 864 unit Residensi Idaman Sela­ngorku (Jenis D) di Selangor Cyber Valley semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Mahmud Abbas.

Selain itu, Mahmud menerangkan, bagi memastikan kediaman ini sesuai dihuni oleh segenap lapisan masyarakat, Residensi Idaman Selangorku (Jenis D) itu dapat memenuhi keperluan peng­huni kelainan upaya.

“Berbekalkan pengalaman le­bih 58 tahun membina kediaman berkualiti, kami yakin bahawa Residensi Idaman Selangorku bakal menjadi penanda aras bagi kediaman mampu milik lain di Selangor,” ujarnya.

Selain itu, projek kediaman tersebut memiliki empat unit dibina khas untuk penghuni kelainan upaya berserta dengan platform laluan kerusi roda di sekitar pangsapuri untuk memudahkan pergerakan orang kelai­nan upaya.

Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pembangunan seluas 15.76 hektar ini menyediakan infrastruktur logistik yang menyeluruh serta mudah diakses. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI