fbpx

Pelajar ‘ditangkap’ bercinta dihukum keliling naik kereta sorong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario dua pelajar sebuah pusat tahfiz dihukum kerana didakwa bercinta. - Twitter

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan situasi seorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang dihukum selepas ‘ditangkap’ kerana bercinta, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @ndagels.

Rakaman berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang pelajar lelaki menolak seorang pelajar perempuan di atas sebuah kereta sorong di pekarangan sebuah pusat tahfiz atau pesantren.

Pelajar perempuan itu dilihat sedang duduk sambil menundukkan kepala. Mereka telah diarahkan untuk mengelilingi kawasan itu sebagai satu bentuk hukuman kerana bercinta.

Pelajar lelaki itu dilihat menolak kereta sorong tersebut sekuat hatinya manakala pelajar perempuan berkenaan hanya diam diri kerana malu.

Kelihatan pelajar-pelajar lain yang merupakan penuntut pusat tahfiz tersebut mengelilingi lokasi berkenaan. Ada yang kelihatan ketawa melihat pasangan itu menerima hukuman.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Hukuman seperti ini perlu dihentikan. Saya sudah beberapa kali bercakap dengan orang yang memilih berhenti sekolah kerana trauma dihukum di khalayak ramai,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI