fbpx

Pahang Tulips berada pada landasan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAISARAH (kiri) memberi nilai tambah buat Pahang Tulips apabila memiliki goal shooter yang cukup tajam bersama Norashikin.

DUA kemenangan pada saingan minggu pertama Sooka Netball League (NSL) 2022 meletakkan Pahang Tulips berada pada landasan tepat untuk mengelak da­ripada tersingkir musim depan.

Pahang memulakan kempen musim ini dengan langkah kiri selepas tumbang 34-75 kepada Johor Jewels sebelum bangkit menewaskan Melaka Mystic 60-39 dan 50-46 ke atas Negeri Sembilan (NS) Venom.

Goal shooter Pahang, Maisarah Affandi menunjukkan kehebatan apabila berjaya menghasilkan 49 jaringan ke atas Melaka dan 29 ketika menentang NS Venom.

Tonggak berpengalaman skuad kebangsaan, Norashikin Kamalzaman juga tidak menghampakan buat skuad bimbi­ngan Hapizah Jaafar itu selepas berehat lama kerana mengan­dung cahaya mata pertama.

“Saya rasa bersemangat nak bantu pasukan ini. Sebelum ini kedudukan tidak berapa bagus, jadi saya nak pastikan Pahang dapat perbaiki ranking akhir.

“Kalau boleh saya nak Pahang elak dua tercorot supaya tidak terkeluar daripada saingan NSL musim depan. Dapat kelompok empat teratas pun okey, kalau ada rezeki dapatlah masuk final,” kata Norashikin.

Pahang kini menduduki tangga kelima, namun mengumpul enam mata sama dengan pasukan tangga ketiga dan keempat, Selangor Angels serta Perak Phoenix.

Bagaimanapun, Pahang dan Selangor mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan dan dijangka mampu mencatat kemenangan apabila bertemu dua pasukan tercorot, Kedah Sunshine serta Melaka Mystic pada Jumaat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI