fbpx

Nasi lemak berlauk ‘tahi’ ikan bilis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita terkejut apabila melihat isi sambal nasi lemak yang dibelinya dipenuhi dengan tahi ikan bilis.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila melihat isi sambal nasi lemak yang dibelinya dipenuhi dengan tahi ikan bilis.

Menerusi perkongsian Nora Syida di portal Masak Apa Tak Jadi Hari Ini meluahkan rasa kecewa dengan sikap peniaga yang tidak mementingkan aspek kebersihan dalam makanan.

“Kalau saya jadi peniaga ini tak tergamak saya nak bagi tahi ikan bilis pada pelanggan biarpun harganya RM1 sebungkus.

“Tapi tak apalah dah mungkin rezeki saya, saya syukur dan saya doakan semua peniaga-peniaga yang ikhlas dipermudahkan segala urusan,” tulisnya dalam satu hantaran baru-baru ini.

Menurut Nora, nasi lemak tersebut dibeli suaminya di gerai tepi jalan dan mereka terasa seperti teraniaya apabila hasilnya sebegitu rupa.

“Nasi lemak itu dibeli suami dekat gerai tepi jalan, biasalah hari minggu malas masak, bila buka daun pisang, tengok benda (tahi ikan bilis) itu terus rasa terkilan, terus rasa sedih masa itu,” jelasnya.

Bagaimanapun, Nora memaklumkan dia tiada niat untuk memburukkan mana-mana pihak terutama peniaga tersebut, namun ia sekadar peringatan untuk lebih peka mengenai isu kebersihan makanan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang turut berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi sama seperti wanita berkenaan.

“Saya pun pernah beli nasi lemak harga RM2.30, isinya kepala ikan bilis dan telur rebus suku, nak untung pun, biar pada dengan kualiti dan kebersihan makanan, sakit orang lain nanti, siapa nak tanggung,” luah seorang pengguna.

“Bihun sup saya beli siap ada kuku panjang dekat kaki ayam, terus rasa nak muntah, geram rasanya dengan peniaga yang ‘asal jual’,” kongsi pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI