fbpx

Lelaki pakai 5 kg barangan kemas setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thuan sukakan perhatian yang diterima setiap kali memakai koleksi barangan kemasnya. - Oddity Central

HO CHI MINH – Seorang pemilik gerai makanan di Vietnam menjadi popular selepas sering mengenakan perhiasan barangan kemas seberat lima kilogram (kg) setiap hari, lapor laman Oddity Central, semalam.

Do Ngoc Thuan atau dikenali sebagai Seven Ball memberitahu dia sangat meminati barangan kemas sejak kecil dan mula mengumpulnya apabila meningkat dewasa.

Apabila orang memandang dan memerhatikan barangan kemas yang dipakainya, ia membuatkan Thuan lebih teruja untuk mengumpul lebih banyak koleksi.

Kini, apabila membuka gerai makanan, Thuan menggunakan barangan kemas yang dipakainya sebagai tarikan untuk pelanggan datang ke situ.

“Saya menggunakan perhatian yang diberikan kepada koleksi barangan kemas sebagai tarikan untuk pelanggan datang makan di kedai.

“Ada juga yang datang semata-mata mahu menumpang tuah daripada saya,” ujar Thuan.

Lelaki itu kini memakai 10 bentuk cincin, 30 utas gelang dan lebih 12 utas rantai emas setiap kali keluar bersiar-siar atau bekerja.

Dalam pada itu, Thuan turut memberi amaran kepada pengguna media sosial agar tidak mengeluarkan kenyataan bahawa dia memakai barangan kemas palsu tanpa sebarang bukti.

Jika tidak, individu itu akan disaman dengan bayaran AS$215 (RM944).

Thuan mendakwa bahawa sejak 2008, apabila dia mula memakai sejumlah besar barang kemas, dia hanya pernah berdepan cubaan merompak sebanyak dua kali. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI