fbpx

Aksi mencuit hati kanak-kanak tiru gaya ibu berpantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat kanak-kanak berusia empat tahun meniru penampilan ibu berpantang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Aksi lucu seorang kanak-kanak berusia empat tahun meniru penampilan ibu berpantang berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial sejak semalam.

Rakaman video berdurasi 11 saat yang dikongsi Hasmazatul Hashim menunjukkan gelagat kanak-kanak itu memakai kain batik sambil memangku anak patung bagi meniru gaya ibu saudaranya yang sedang berpantang.

Setakat pagi ini, rakaman video itu telah mendapat 54,500 jumlah tontonan dan 651 komen daripada pengguna di TikTok.

Sementara itu, pengguna di laman sosial tersebut turut terhibur dengan aksi kanak-kanak yang meniru gelagat ibu berpantang itu.

“Alahai comelnya. Siap bersanggul dan berkain batik,” puji seorang pengguna.

“Laju sangat tu berjalan dik. Nanti tak pepasal naik ambulans lagi,” seloroh Izzati Ahmad.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI