fbpx

Pengarah hospital, ketua jabatan maklum KKM jika kurang pegawai perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin berucap pada Majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Pengarah hospital dan ketua jabatan diminta memaklumkan kepada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya berlaku kekurangan pegawai perubatan (MO) dan kakitangan di tempat masing-masing.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia bagi membolehkan tindakan segera diambil oleh KKM bagi menempatkan pegawai lain ke sesuatu bahagian atau jabatan tersebut.

Katanya, penyelesaian jangka panjang itu telah beliau sampaikan kepada Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan susulan tular isu ‘on call’ melibatkan seorang MO di sebuah hospital.

“Perkara ini saya sudah sampaikan kepada beliau untuk melihat kenapa kes ini boleh berlaku. Saya rasa ini bukan kes terpencil, mungkin ada jabatan lain berlaku.

“Kenapa pengarah hospital dan ketua jabatan tidak memaklumkan ia berlaku. Kalau tak cukup jawatan sebagainya, kena beritahu kita supaya KKM iaitu Bahagian Sumber Manusia boleh ambil tindakan supaya ia tidak berulang,” katanya pada sidang akhbar Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut tidak berpuas hati terhadap aduan yang diterima itu dan menyifatkan ia bukan satu-satunya kes sekali gus mungkin pelbagai lagi kes seperti itu.

“Masalah dihadapi MO kita bukan baharu tetapi agak lama yang perlu penyelesaian. Kes tular baru-baru ini menceritakan kisah seorang MO di sebuah hospital dan beliau satu-satunya MO di jabatan tersebut disebabkan seorang lagi MO cuti bersalin.

“Beliau terpaksa bekerja siang malam dan aduan permohonan pertukaran tidak diendahkan sedangkan MO ini terpisah dengan suami dan anak. Justeru, Bahagian Sumber Manusia KKM sedaya upaya kita cuba meluluskan permohonan pertukaran terutama duka lara terpisah dengan suami serta anak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI