PUTRAJAYA – Hidup dalam keadaan berhutang sememangnya tidak tenteram tetapi bertambah gelisah apabila menjadi buruan pengutip hutang yang gemar menggunakan kata-kata kesat dan berbaur ugutan sehingga menimbulkan ketakutan. Seorang suri rumah yang ingin dikenali sebagai Laila, 40-an, berkata, kehidupannya sekeluarga menjadi tak tenteram apabila sering diganggu ejen pengutip hutan melalui panggilan telefon yang cuba menakut-nakutkan mereka selain menghemburkan kata-kata kesat. Katanya, antara contoh jerkahan dan ugutan yang diterima ialah dipaksa membayar RM35,000 dalam tempoh beberapa jam atau rumahnya akan disita.……














