fbpx

Pasar raya Kuwait boikot produk dari India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat notis berbunyi “Kami telah mengeluarkan produk-produk dari India,” selepas ditutup dengan plastik. – The Indian Express

BANDAR RAYA KUWAIT – Sebuah pasar raya di Kuwait mengeluarkan semua produk keluaran India dari raknya sebagai tindak balas terhadap komen menghina Nabi Muhammad (SAW) oleh seorang jurucakap parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang mengundang kemarahan umat Islam.

Menurut akhbar Arab News, pasar raya Al-Ardiya Co-Operative Society mengeluarkan teh yang diimport dari India dan sebilangan produk lain sebagai tanda protes terhadap komen biadab tersebut.

Pasar raya yang terletak di luar Bandar Raya Kuwait itu mengeluarkan kampit beras, rempah-ratus dan cili dari raknya.

Ia turut mencetak notis yang berbunyi: “Kami telah mengeluarkan (dari rak jualan) produk-produk dari India.”

“Sebagai orang Islam, kami tidak dapat menerima penghinaan yang dilemparkan ke atas Nabi Muhammad,” kata Ketua Pegawai Eksekutif pasar raya tersebut, Nasser Al-Mutairi kepada agensi berita AFP.

Seorang pegawai rangkaian pasar raya itu turut memberitahu bahawa tindakan memboikot produk  India di seluruh cawangannya juga sedang dipertimbangkan.

Arab Saudi, Qatar dan beberapa negara Asia Barat lain di samping Universiti Al-Azhar di Mesir mengutuk keras tindakan  jurucakap parti diwakili Perdana Menteri India, Narendra Modi itu. Dia kemudian dikenakan tindakan digantung tugas.

Komen celupar Nupur Sharma itu dikeluarkan semasa sesi debat yang disiarkan saluran  televisyen tempatan minggu lalu.

BJP  menggantung tugas wanita itu  Ahad lalu dan menjelaskan bahawa komen tersebut  bertentangan dengan ‘kedudukan parti’ selain menegaskan bahawa BJP menghormati semua agama. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI