fbpx

HFMD: Kes meningkat 22 kali ganda di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela.

GEORGE TOWN – Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang sejak awal tahun ini sehingga minggu pertama bulan ini meningkat sehingga 22 kali ganda.

Pengerusi Jawatankuasa Agro-tech dan Keselamatan Makanan, Luar Bandar dan Kesihatan, Norlela Ariffin berkata, sehingga awal bulan ini, jumlah kumulatif kes HFMD yang dilaporkan adalah sebanyak 3,990 kes berbanding dengan hanya 176 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Jika dibandingkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik Covid-19) dengan kes sebanyak 1,727, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3 kali ganda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 119 kluster HFMD dilaporkan berbanding hanya tujuh kluster dilaporkan pada 2021 iaitu peningkatan sebanyak 16 kali ganda.

“Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun iaitu sebanyak 3,357 kes (88.65 peratus) diikuti oleh kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 377 kes (9.45 peratus) manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu 256 kes (1.9 peratus),” katanya.

Tambah beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati semua pengusaha dan pengasuh di taska, tadika dan tabika untuk sentiasa memastikan kebersihan premis termasuk peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI