fbpx

Suami isteri maut, dilanggar pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah seorang pasangan suami isteri yang maut selepas dirempuh pemandu mabuk.

JASIN- Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Serkam Pantai, Merlimau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Ezuddin Mohammad, 50, dan isterinya, Surayah Muhamat, 48, yang menunggang Yamaha Ego Solaris meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Seorang lagi penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda, Ya’akob Mohamad, 57, turut cedera dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, ketika kejadian pasangan suami isteri itu dan Yaakob dalam perjalanan dari arah Melaka ke Merlimau.

Katanya, setiba di lokasi, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Merlimau yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dan dipercayai dalam keadaan mabuk telah terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Kedua-dua buah motosikal itu tidak sempat mengelak kereta tersebut lalu berlaku rempuhan yang menyebabkan pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi.

“Penunggang Yamaha Lagenda terselamat, namun mengalami kecederaan di badan dan motosikalnya terbakar di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI