fbpx

Kim Kardashian rela makan najis untuk cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM KARDASHIAN

UNTUK kelihatan cantik dan muda, selebriti terkenal Kim Kardashian sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah jika perlu memakan najis.

Dalam satu temu bual bersama New York Times, selebriti berusia 41 tahun itu mengakui rela memakan kotoran (najis), jika cara itu terbukti berkesan boleh menjadikan wajahnya kekal awet muda.

“Saya sanggup memakan najis jika itu boleh membuatkan saya cantik. Bahkan memakannya setiap hari pun tidak mengapa,” katanya.

Ujar Kardashian, dia tidak kisah untuk melakukan sebarangg perkara menjijikan demi mendapatkan kecantikan dan kekal muda setiap masa.

“Saya tidak kisah jika cara itu boleh membuatkan saya sentiasa kelihatan muda dan cantik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI