fbpx

Jang Nara akhirnya nak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG NARA

AKTRES jelita Jang Nara dihujani ucapan tahniah daripada peminat agar memperoleh kebahagiaan berpanjangan selepas mengumumkan perkahwinannya tidak lama lagi.

Berita perkahwinan Nara menuai perhatian global memandangkan dia antara artis wanita yang sudah berumur tetapi belum pernah berkahwin.

Menerusi satu pengumuman yang dikongsikan dalam laman webnya, aktres drama Sell Your Haunted House itu memberitahu akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hati, berumur enam tahun lebih muda daripadanya.

“Dia bekerja menghasilkan video. Selepas dua tahun bercinta, kami berjanji untuk menjadi pasangan yang saling melengkapi sehingga hujung nyawa,” tulis Nara.

Berkongsi lanjut tentang si buah hati, Nara, 41, memperincikan ciri-ciri istimewa yang ada pada bakal suaminya.

“Saya jatuh cinta dengan senyuman manisnya, sifat baik dan paling penting, dia seorang yang ikhlas dan sangat berdedikasi terhadap kerja. Dia hebat dan saya sangat gembira,” kata Jang Nara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI