fbpx
SEORANG pegawai berdiri di sebelah penghadang di jalan yang disekat di daerah Jing’an, Shanghai kelmarin. - AFP

Warga Shanghai hanya bebas sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHANGHAI – Beberapa kawasan kejiranan di Shanghai dikenakan semula sekatan pergerakan selepas hanya sehari ‘bebas’ ketika strategi sifar Covid-19 terus menghantui hab kewangan itu, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Shanghai menarik balik perintah sekatan pergerakan pada Rabu lalu yang membenarkan kebanyakan 25 juta penduduknya meninggalkan rumah mereka.

Bagaimanapun, hampir dua juta penduduk kembali terkurung di rumah mereka di kawasan yang ditetapkan sebagai berisiko tinggi oleh kerajaan.

Menerusi sidang akhbar pada Khamis lalu, pegawai di Shanghai memaklumkan mengenai tujuh kes Covid-19 baharu yang dikesan di daerah Jing’an dan Pudong.

Ini mengakibatkan empat kawasan kejiranan ditutup dengan pantas dan ditetapkan sebagai berisiko sederhana. Penduduk akan dikuarantin selama 14 hari.

Seramai 24 kontak rapat dan 106 kontak kasual telah dikuarantin oleh kerajaan termasuk 470,000 penduduk telah menerima ujian saringan, demikian menurut pegawai.

Penarikan kembali sekatan pergerakan menjadi peringatan terbaharu bahawa walaupun kelonggaran diberikan, dasar sifar Covid-19 oleh kerajaan akan terus mendominasi kehidupan seharian penduduk di Shanghai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN