fbpx

Kim Pan-gon muktamadkan senarai 23 pemain negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM pemain digugurkan oleh Pan-gon tetap berada dalam senarai sekiranya penggantian pemain diperlukan. - FB FAM

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengesahkan 23 senarai pemain yang akan mewakili negara bagi mengharungi aksi Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 bermula Rabu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, enam pemain telah digugurkan oleh pengendali import dari Korea Selatan itu.

“Tiada dalam senarai tersebut ialah penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, Kogileswaran Raj, Shahrul Nizam Ros Hasni, Liridon Krasniqi, Norshahrul Idlan Talaha serta Syahmi Safari.

“Syahmi terdahulu telah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana masalah kesihatan.

“FAM mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan para pemain ini di sepanjang kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu.

“Pemain yang tidak terpilih ini tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya penggantian pemain perlu dilakukan,” kata kenyataan tersebut.

Seramai 13 pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk dua pemain naturalisasi, Guilherme de Paula dan Mohamadou Sumareh dikekalkan Pan-gon kali ini.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Turkmenistan pada Rabu depan, Bahrain (11 Jun 2022) dan Bangladesh (14 Jun 2022), dengan semua aksi dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Berikut senarai penuh 23 pemain skuad Harimau Malaya

PENJAGA GOL
Farizal Marlias (JDT)
Khairulazhan Khalid (Selangor)
Ahmad Syihan Hazmi (NSFC)

PERTAHANAN
Shahrul Saad (JDT)
Corbin Ong (JDT)
Matthew Davies (JDT)
V. Ruventhiran (JDT)
Ahmad Khuzaimi Piee (NSFC)
Dominic Tan (Sabah FC)
Dion Cools (SV Zulte Waregem)
Junior Eldstal (Chonburi FC)

TENGAH
Syamer Kutty Abba (JDT)
Nazmi Faiz Mansor(JDT)
Safiq Rahim (JDT)
Arif Aiman Hanapi (JDT)
Akhyar Rashid (JDT)
Faisal Halim (TFC)
Nor Azam Azih (Sri Pahang)
Mohamadou Sumareh (JDT)

PENYERANG
Safawi Rasid (JDT)
Syafiq Ahmad (JDT)
Guilherme de Paula (JDT)
Darren Lok (PJ CITY)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI