fbpx

Banyak kes rogol, jangan hanya salahkan kerajaan negeri – TMB Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amar (kiri) melawat gerai pameran di Festival Kelantan-Jepun 2022 di Mydin Tunjong, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Orang ramai tidak seharusnya menunding jari dengan semata-mata menyalahkan kerajaan negeri apabila berlaku kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan seperti yang dilaporkan di media sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, beliau bagaimanapun tidak menafikan kes-kes tersebut yang dilaporkan oleh pihak media.

“Apabila kes-kes seperti itu berlaku, tidak wajar semua pihak menyalahkan kerajaan negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah.

“Tidak dinafikan ada kes sedemikian dilaporkan sejak kebelakangan ini di Kelantan. Tidak semestinya negeri lain tiada kes ini tetapi apabila melibatkan Kelantan, ia akan jadi besar,” katanya ketika ditemui pemberita di Festival Kelantan-Jepun 2022 di Mydin Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, orang ramai juga tidak boleh menyalahkan ibu bapa, sebaliknya ia adalah sikap anak mereka sendiri yang terlibat dalam kes tersebut.

Menurutnya, Kelantan mempunyai dasar Membangun Bersama Islam dan kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memberi kefahaman mengenai pendidikan agama.

“Apabila ada kes kecurian, kita tidak akan salahkan polis sedangkan masing-masing mempunyai tanggungjawab. Contoh itu sama juga dengan kerajaan dan rakyat.

“Sebagai orang Islam, kita sepatutnya hidup dengan ajaran agama. Jika tiada polis, kita sepatutnya tetap jadi orang baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI