fbpx

Tiada dua kem dalam Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal

PUTRAJAYA – Tiada dua kem dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malah hubungan di antara para pemimpin parti turut kekal utuh.

Itu jelas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan dakwaan kononnya terdapat dua kem berbeza dalam partinya ketika ini.

Ahmad Faizal berkata, beliau tidak percaya khabar angin berkenaan dan amat yakin bahawa parti kekal utuh malah semua pimpinan Bersatu kekal memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.

“Malah, hubungan saya dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga baik dan beliau sentiasa bersama saya.

“Hubungan antara Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan rakan pemimpin lain juga baik malah mereka sentiasa memberi sokongan padu kepada Presiden,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kata Dua, di sini hari ini.

Sebelum ini, ada dakwaan serta khabar angin kononnya Bersatu kini mempunyai dua kem iaitu dipimpin Muhyiddin dan Mohamed Azmin.

Mengulas mengenai pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menolak kerjasama politik membabitkan Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Faizal berkata, beliau menghormati pandangan yang dilontarkan negarawan itu.

Namun, katanya, beliau akan sentiasa memberi sokongan padu kepada Muhyiddin.

“Saya amat yakin beliau (Muhyiddin) akan mampu memberi prestasi baik kepada negara jika diberi peluang untuk kembali memimpin negara,” katanya.

Sebelum ini, Dr. Mahathir mengakui ha­nya kerjasama antara parti-p­arti politik termasuk pembangkang di bawah khemah besar boleh menumbangkan Barisan Nasio­nal (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun, Pengerusi Parti Pe­juang Tanah Air (Pejuang) itu ber­kata, Pejuang menolak khemah besar itu jika ia diterajui sama ada oleh Anwar atau Muhyiddin. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI