fbpx

Pemain bola sepak rogol gadis dilepaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi mendapatkan lanjutan reman bagi kes merogol seorang gadis semalam. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang pemain bola sepak liga tanah air yang ditahan bagi membantu siasatan kes merogol gadis pada minggu lalu dilepaskan dengan jaminan polis hari ini selepas lima hari direman.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berusia 28 tahun direman selama empat hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pemain bola sepak dicekup selepas dipercayai merogol gadis yang juga rakannya di sebuah rumah di daerah ini pada Ahad lalu.

Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika mangsa yang bekerja sebagai jurujual berada seorang diri di rumahnya.

Mangsa dikatakan cuba melawan dan menjerit meminta tolong, namun semua ahli keluarganya tiada di rumah.

Gadis itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI