fbpx

Tikus jantan takut kepada pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebatian n-pentyl acetate dalam pisang mencetuskan tindak balas tekanan terhadap tikus jantan. – Getty Images

MONTREAL, KANADA – Sepasukan penyelidik mendedahkan bahawa pisang dapat meningkatkan tekanan terhadap tikus jantan, sekali gus menakutkan haiwan itu, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Penemuan oleh penyelidik dari Universiti McGill di Montreal, Kanada itu dikenal pasti secara tidak sengaja ketika mereka membuat kajian mengenai reaksi tikus jantan terhadap tikus betina bunting dan sedang menyusu anak. 

Mereka mendapati bahawa sebatian kimia dalam pisang mencetuskan tindak balas tekanan terhadap tikus jantan.

Sebatian n-pentyl acetate yang ditemui dalam air kencing tikus betina ketika bunting dan menyusukan anak didapati sama dengan sebatian yang terkandung dalam pelbagai jenis buah serta digunakan dalam menghasilkan ekstrak pisang.

Ia merupakan bahan kimia yang menyebabkan berlakunya perubahan hormon dalam diri tikus jantan.

Justeru, apabila pasukan penyelidik meletakkan ekstrak bahan tersebut di dalam sangkar tikus jantan, tahap tekanan haiwan itu meningkat secara signifikan.

Tindak balas tersebut adalah sama dengan tindak balas tekanan yang berlaku ketika ia ingin memulakan pertarungan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI