fbpx

Pahang sasar Johan Kejohanan Golf Sikh Malaysia-Singapura 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (tiga dari kanan) dan Jasvir Singh (empat dari kanan) bertemu dengan Thasbir Singh (kanan) dan peserta golf Pahang bagi memberikan sokongan dan sumbangan di sini hari ini.

BENTONG – Selepas dua tahun tertangguh akibat pandemik Covid-19 kejohanan Golf Sikh Malaysia-Singapura 2022 yang diadakan semula tahun ini memberi harapan besar kepada pasukan Pahang yang menyasarkan merangkul johan dalam pertandingan berprestij itu.

Ketua peserta, Datuk Thasbir Singh Tejah Singh berkata, dengan latihan berterusan dan prestasi semasa, pihaknya menyasarkan merangkul johan selepas hanya mendapat Naib Johan pada kejohanan sama 2019.

“Semua tujuh peserta tidak sabar untuk memulakan kejohanan ini dan saya harap prestasi semua peserta yang baik pada masa ini dapat dikekalkan sepanjang kejohanan.

“Pertemuan dan sokongan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail amat bermakna yang membakar semangat kami untuk mengejar kejuaraan pada kejohanan ini,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Menteri Besar di sini hari ini.

Yang hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh.

Menurut Thasbir kejohanan yang akan berlangsung di Kelab Diraja Perak pada 10 dan 11 Jun ini disertai 104 peserta dalam dan luar negara.

Katanya, kejohanan berkenaan dilihat amat mencabar apabila disertai ramai pemain golf yang hebat dan berpengalaman khususnya dari Malaysia dan Singapura.

“Kami telah pun bersedia sepenuhnya untuk cabaran kali ini dan setiap peserta akan buat sehabis baik dalam usaha mengharumkan nama Pahang,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI