fbpx

Isu rasuah MRT: SPRM buka dua kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan terdapat unsur rasuah membabitkan projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam Transit Aliran Massa (MRT).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan berhubung kes tersebut telah dimulakan sejak Mac lalu yang menumpukan kepada pembayaran berunsur rasuah.

“Siasatan kes berkenaan telah dibuka sebelum keluarnya laporan mengenai pihak berkuasa Perancis menyiasat dakwaan penipuan dan rasuah membabitkan projek MRT bernilai RM692 juta yang berlaku beberapa tahun lalu.

“Skop siasatan adalah berkaitan isu rasuah yang sudah berlaku dan sudah dibayar kepada pihak tertentu. Ia menjadi tumpuan kami dan setakat ini dua kertas siasatan telah dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Pemantapan Wartawan Bersama SPRM, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dilaporkan berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk siasatan berhubung dakwaan terdapat elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam membabitkan MRT.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI