fbpx

Abdul Aziz dilantik pengerusi baharu PPZ-MAIWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz

PETALING JAYA – Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memaklumkan Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman telah dilantik sebagai pengerusi yang baharu  berkuatkuasa 1 Jun lalu sehingga 10 Februari 2024.

 Abdul Aziz, 76, ketika ini turut menyandang beberapa jawatan lain seperti Pengerusi Lembaga Pengarah di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Profesor Adjung Fakulti Pendidikan UKM. 

Anak kelahiran Pahang ini juga merupakan ahli Akauntan Bertauliah Malaysia dari Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan juga Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, melalui  kepakaran dan ketokohan yang dimiliki, beliau banyak memegang jawatan penting dalam syarikat korporat, pertubuhan sukan dan badan bukan kerajaan (NGO), pentadbiran negeri Pahang  serta pentadbiran kerajaan.

“Ahli Lembaga Pengarah, barisan Pengurusan dan warga kerja mengucapkan tahniah diatas pelantikan baharu ini dan yakin dengan pengetahuan serta pengalaman luas Abdul Aziz, beliau mampu memacu dan memimpin PPZ-MAIWP untuk menjadi sebuah institusi zakat unggul di Malaysia,” katanya.

Selain itu,  PPZ-MAIWP juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang telah tamat perkhidmatan pada 31 Mei 2022 di atas sumbangan dan khidmat beliau. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI