fbpx

Wanita terima hantaran RM90,000, bilik pameran kereta, tanah sawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andi menerima pelbagai hantaran mewah termasuk sebuah bilik pameran kereta dan wang tunai berjumlah 300 juta rupiah. – Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki dari Bone, Sulawesi Selatan menjadi tular kerana melamar teman wanitanya dengan memberikan hantaran mewah berupa wang tunai berjumlah 300 juta rupiah (RM90,564), satu set barang kemas, sebidang tanah sawah, pembiayaan pengajian serta sebuah bilik pameran kereta beserta kenderaan di dalamnya.

Menurut laman berita Detik, lelaki bernama Dical Arfandi itu hanya menyerahkan wang tunai dan set barang kemas kepada Andi Besse Qurrata Ayyun dalam acara peminangan yang berlangsung pada Khamis lalu.

Hantaran-hantaran lain seperti bilik pameran kereta, kenderaan, pakaian pengantin dan wang pembiayaan pengajian akan diberikan secara persetujuan khas.

“Kami akan melakukan sesi pemberian hantaran lain dalam suasana tertutup. Ketika acara peminangan, saya sudah jelaskan kepada ibu bapa Andi bahawa kami akan menyerahkan bilik pameran beserta kereta di Jalan Sultan Hasanuddin kepadanya.

“Disebabkan Andi akan menjadi anak saya juga, saya akan membiayai semua pengajiannya,” kata bapa Dical, Suradi.

Perkahwinan antara kedua-dua pasangan tersebut dijangka berlangsung pada 17 September ini. 

Dical merupakan pelajar semester empat Universiti Negeri Makassar manakala Andi ialah pelajar Universiti Hasanuddin.

Kedua-dua mereka juga dikatakan tidak bercinta, namun hanya pernah bertemu sebanyak beberapa kali. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI