fbpx

Nik Sharif perkuatkan serangan Sang Penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK SHARIF dijangka menjadi pemain yang mampu mempertajamkan lagi jentera serangan TFC menjelang saingan Liga Super.

TERENGGANU FC (TFC) tidak menunggu lama untuk memperkuatkan pasukan sebaik jendela perpindahan kedua dibuka apabila mendapatkan khidmat pemain Selangor, Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh, berkata, pemain sayap yang boleh beraksi di posisi tengah itu akan menyarung jersi keramat hitam putih secara pinjaman selama enam bulan.

Beliau berkata, kemasukan Nik Sharif, 25, akan memperkuatkan jentera serangan Sang Penyu yang berpeluang membaiki kedudukan terbaik Liga sebaik saingan Liga Super kembali bersambung.

“Sudah tentu kehadiran Nik Sharif yang juga bekas tonggak Sri Pahang FC boleh memberi ­pilihan kepada pengendali, Mohd. Nafuzi Zain untuk menentukan kesebelasan utama.

“Saya percaya Nik Sharif juga bakal memberi persaingan sihat kepada pemain sayap lain termasuk Faisal Abdul Hxalim, Hakimi Abdullah atau Mohd. Faiz Nasir,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu semalam.

Nik Sharif Haseefy yang bakatnya dicungkil melalui Piala Presiden mula beraksi untuk negeri kelahirannya, Sri Pahang pada 2018 di bawah bimbingan Dollah Salleh sebelum menyertai Selangor pada musim lalu.

Begitupun, nasib tidak menyebelahi pemain itu yang me­nyambut hari kelahirannya ke-25 kelmarin apabila diketepikan selama lebih dua bulan akibat kecederaan buku lali.

Musim ini, Nik Sharif mengembalikan tahap kecergasan dengan beraksi untuk skuad Selangor 2 dan menjaringkan tiga gol dalam kempen Liga Premier termasuk ketika tumpas 2-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) II, pada Jumaat lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI