fbpx

“Masalah rakyat sentiasa dalam fikiran saya” – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, permasalahan yang dihadapai oleh rakyat sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dan kini ketika berada dalam fasa pemulihan sentiasa berada dalam pemikirannya.

Beliau berkata, kebimbangan dan pertanyaan berbubung harga barangan yang terus meningkat, kedudukan nilai matawang ringgit serta prospek pemulihan ekonomi negara.

Katanya, Malaysia sebagai ekonomi terbuka dengan nilai keseluruhan perdagangan luar merangkumi hampir 120 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), negara tidak terkecuali daripada mengalami kesan ketegangan geopolitik dan perubahan iklim dunia.

“Sekiranya konflik Russia-Ukraine berterusan, ia akan memberi implikasi kepada komoditi dan harga barang, tindakan beberapa negara seperti India dan Indonesia menghentikan eksport makanan juga akan memburukkan keadaan.

“Kerajaan sentiasa memantau keadaan ini dan terus komited dalam melaksanakan langkah proaktif melalui pengubahsuaian dasar tertentu, seiring perubahan senario ekonomi global yang lazimnya di luar kawalan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen BN dan Sambutan Ulang Tahun BN Ke-48 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI