fbpx

Kawal TV hanya guna suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DENGAN teknologi terkini siri TV Q-Series PRO menghasilkan warna lebih ceria, beraneka dan cerah.

RANGKAIAN televisyen (TV) android kini semakin menjadi pilihan pengguna.

Maka tidak hairanlah banyak syarikat mengeluarkan produk tersebut termasuk PRISM+ yang melancarkan rangkaian TV android premiumnya iaitu Q-Series PRO.

Ia ditawarkan dengan tiga pilihan iaitu siri Q56 PRO Quantum Edition, Q65 PRO Quantum Edition dan Q55 PRO Quantum Edition.

Siri TV android tersebut dilengkapi ciri kawalan suara tanpa tangan, Dolby Vision HDR, Dolby Atmos dan juga teknologi lampu belakang Quantum Color yang membawakan pengalaman hebat seakan di panggung wayang.

Rangkaian TV ini juga menampilkan skrin definisi tinggi ultra 4K setaraf dengan produk premium di pasaran.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Dolby Vision yang mengubah sama sekali kualiti gambar dengan imej serba jelas pada tahap kecerahan, kontras, warna dan keterperincian luar biasa.

Ia 40 kali lebih cerah, manakala ruang hitamnya pula 10 kali lebih gelap daripada gambar biasa.

Dipacu teknologi lampu belakang Quantum Color yang ditambah baik, siri TV ini menghasilkan pilihan warna dengan tahap kecerahan lebih tinggi.

Dengan mikrofon tersedia di dalamnya dan aplikasi Google Assistant, pengguna boleh mengawal seluruh pengalaman hiburan dari mana-mana sudut bilik hanya menggunakan suara tanpa memerlukan alat kawalan jauh.

Dalam pada itu, siri TV ini juga dilengkapi kapasiti storan sebesar 32GB, membolehkan lebih banyak aplikasi dimuat turun, selain menjanjikan kelajuan penstriman lebih pantas bagi platform pilihan anda dengan kelajuan Wi-Fi sehingga 5GHz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI