fbpx
NORDIN Manan (tengah) menunjukkan rampasan terbaharu daun ketum seberat 1.3 tan yang cuba diseludup di Wang Kelian, Perlis pada Isnin lalu

34.12 tan daun ketum bernilai RM1 juta cuba diseludup ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 34.12 tan daun ketum bernilai RM1 juta yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Komandernya, Senior Asisten Komisioner Nordin Manan berkata, pihaknya turut menyita 50 kenderaan yang digunakan penyeludup bagi kegiatan tersebut.

Nilai keseluruhan barang rampasan termasuk daun ketum dianggarkan lebih RM2 juta.

“Sebanyak 93 kes direkodkan dengan tangkapan seramai 12 orang melibatkan 10 lelaki tempatan dan dua lelaki warga Thailand.

“Boleh dikatakan aktiviti penyeludupan daun ketum berlaku setiap hari, malah pada bulan lalu, kita merampas lima tan daun ketum,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Menurut beliau, penyeludupan daun tumbuhan tersebut terus meningkat kerana permintaan tinggi terhadap daun ketum dari negara jiran.

Modus operandi penyeludup adalah dengan meletakkan daun ketum di dalam guni berdekatan pagar di sempadan sebelum diseludup ke negara jiran oleh individu tertentu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI