fbpx

17 disaman ‘bersidai’ di Jalan ‘New Zealand Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengeluarkan saman terhadap individu yang berhenti di lorong kecemasan Jalan Temiang-Pantai atau dikenali 'New Zealand Malaysia' di Seremban semaalm.-FOTO: IHSAN POLIS.

SEREMBAN – Sebanyak 17 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang ‘bersidai’ di lorong kecemasan laluan Jalan Temiang-Pantai di sini yang diberi jolokan ‘New Zealand Malaysia’ dalam operasi petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Seremban bermula pukul 5.30 petang itu dijalankan kerana  lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan kerana pemandangannya yang memukau.

“Operasi Halangan dijalankan bagi mengelakkan tindakan segelintir pengguna jalan raya yang berhenti di lorong kecemasan di sepanjang laluan itu sehingga boleh mengundang bahaya.

“Sebanyak 17 saman dikeluarkan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, tindakan memberhentikan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu larangan terhadap halangan dan Kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Pesalah juga boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI